Click...Click

Click Here

Sunday, May 27, 2012

Cerita di suatu petang


poyo jer tajuk kan???
hahaha

dah lama x update blog
mood malas jer
malam ni belek2 gambar dalam hanset
terjumpa gambar ni yang aku ambik beberapa minggu lepas dr balkoni rumah sewa

bukan gambar apa2
xder makna pun bagi kita kan
seorang bangla menaiki basikal mengutip besi2 buruk & botol2 kosong untuk dijual

dah beberapa kali aku nampak mat bangla ni dari balkoni rumah sewa aku
setiap kali nampak terdetik rasa kesian & bersyukur dengan kehidupan yang ada

satu hari tu agak bernasib baik terserempak time aku parking kete balik keje
terus aku tanya dia nak besi buruk x
kebetulan kat luar rumah aku ada besi buaian yg penyewa lama tinggalkan
daripada buat menyemak baik aku bg bangla ni jual
dapat gak dia duit tambahan
bukan main suker lagi dia

terus aku ajak dia naik atas
terdetik jugak rasa takut 
kebetulan petang time balik keje suami aku memang tak ada kat rumah
tapi aku fikir niat aku baik
insyaallah xder ape2
sampai jer depan rumah aku terus masuk & kunci grill
sebelum tu aku mintak tolong dia angkut kerusi2 buruk yg penyewa lama tinggalkan kat luar rumah
tanpa kata apa2 dia terus angkut kerusi-kerusi tu
dan naik semula untuk ambil besi buaian
aku biarkan dia leraikan besi2 buaian tu satu persatu
supaya senang dia nak bawa naik basikal
kemudian aku hulurkan dia RM 20
bersungguh-sungguh dia tolak pemberian aku
katanya dia bukan peminta sedekah
cuma mencari besi buruk & botol2 buat tambah pendapatan
aku cakap aku ikhlas bagi dia
anggaplah sbgai upah angkut kerusi2 buruk tadi
dia tetap x nak ambik
aku cakap tolong la ambik
saya nak tambah pahala tolong orang susah
lambat2 dia ambik duit yang aku hulurkan dari dalam grill
ucapan terima kasih berkali-kali diucapkan

kemudian aku intai dari balkoni rumah
nampak dia susun besi buaian atas basikal & aku curi2 ambik gambar ni

petang tu aku insaf sekejap
walaupun susah dia tak hidup dengan meminta-minta
dia berusaha dengan caranya sendiri
semoga Allah sentiasa murahkan rezeki untuknya

No comments:

Post a Comment