Click...Click

Click Here

Saturday, May 5, 2012

Bila Suami Tak Pujuk


merajuk manja suami isteri perkara biasa kan...barulah hubungan bertambah manis...
kalau x merajuk macam x best pulak

satu hari suami merungut yang si isteri dah lama x merajuk...
isteri pun baru perasan bila suami cakap macam tu...ha'a erk....dah lama rupanya x merajuk

nak tergelak pun ada bila suami cakap macam tu...yelah merajuk ni bukan boleh di 'plan-plan' kan...
kalau ngada-ngada merajuk tu ada laa...setakat suami x nak tolong isteri basuh pinggan tu...
isteri bolehlah ngada-ngada merajuk ngan suami

nak dijadikan cerita...malam tadi isteri merajuk & marah ngan suami sebab berebut channel tv...
isteri nak tengok siaran langsung perkahwinan schawal kat Astro Ria...
suami pulak nak tengok perlawanan bola...tau2 jerk la suami kalau dengan bola

sedih tau...suami x mengalah pun malam tadi...tetap khusuk tengok bola...
isteri bawak diri masuk bilik...tunggu suami datang pujuk pun x datang-datang...
dah angin 1 badan dah isteri kat dalam bilik...perut dah la lapar x makan lagi...huhu

dah habis siaran bola pun suami masih x datang jugak...perut lapar x terkata...
lagi-lagi bila teringat nasi lemak kukus ayam goreng berempah kat atas meja makan...
selalunya suami mesti datang pujuk...paling kurang pun ajak makan ...kali ni xder pun...
makin rancak tukar-tukar channel tv adalah

last-last isteri kuar bilik...menonong ke dapur bukak peti ais...slow-slow minum air...
tunggu kot-kot la suami bersuara suruh makan...suami memang dah makan awal waktu
balik pasar malam...time nasi lemak panas-panas lagi

tapi xder pun tanda-tanda suami nak suruh isteri makan...buat x tau lagi ada lah...
dalam hati isteri cakap xleh jadi ni...ambik epal sebiji terus makan...lega jap perut

masuk bilik, bukak lappy, layan fb...nekad merajuk x nak makan...
tup-tup suami masuk bilik suruh makan...ingatkan datang nak pujuk...huhu

hari ni suami kuar umah  x cakap sepatah pun ngan isteri...xder salam-salam pun...
selalunya mesti cakap dulu sebelum kuar...tau-tau pas mandi terus kuar jerk...
isteri mulalah fikir bukan-bukan...suami merajuk ker???
aik terbalik ni...dia pulak yang merajuk

bila suami balik rumah...isteri senyum sampai telinga...
tengok suami bawak balik kotak besar...suami belikan TV LED idaman isteri...
hilang merajuk...terus cium & peluk suami

suami cakap sekarang dah ada 2 TV...dah xleh merajuk & marah pasal TV lagi dah...
hehe...yer lah bang...patutlah abang x pujuk erk...rupanya nak hadiahkan TV idaman
TQSM dear 


nak majook lagilah lau macam ni (^__^)



4 comments:

  1. perghhhh kak fiza.......merajuk mintak gelang emas la plak...hahhahah -hazlinkhan

    ReplyDelete
  2. huhu...golang omeh kena agak2 saving daa banyak laaa...hehe

    ReplyDelete
  3. soo sweet tang merajuk tu..hahaha..
    pas br kawin leh pujuk..
    anak sorg..kena hbq lak suh pujuk.
    itu la resam dunia suami isteri..xsama cm dlu..tp tetap setia jgk..heheheh

    ReplyDelete
  4. hehehe...gaduh2 manja & merajuk 2 memang lumrah dalam perkahwinan lela...

    time pujuk memujuk 2 yg paling best..sweet...hehe...bukan isteri jer perlu dipujuk...kadang2 suami pun perlu :)

    ReplyDelete