Click...Click

Click Here

Wednesday, March 21, 2012

Buat List Beli Barang Dapur

Barang Dapur = Barang Rumah boleh la erk

Gambar kat bawah ni adalah 
senarai barang rumah aku yg dah habisssss dan perlu ditopup segera
^____^


sikit jer kan ???

yerlah...yang tersenarai tu hanya barang2 yang betul2 dah habis
list tu akan bertambah lagi
bila aku buat senarai baru
senarai keperluan barang rumah untuk tempoh sebulan
contohnya dynamo, ubat gigi, gula, santan kotak dll
maggi juga tak terkecuali (n__n)

selalunya macam tu lah
setiap apa barang yang dah habis aku akan terus catat kat kertas
supaya x lupa
dan x terkial-kial nak ingat balik time buat list brg yang betul2 nak beli
kertas memang dah tersedia melekat kat peti ais 
pen duk atas peti ais

untuk barang rumah
aku akan beli sekali harung terus untuk tempoh sebulan
wat stock banyak2 kat rumah 
senang
 x payah nak susahkan suami pergi beli barang sikit2 kat kedai runcit

untuk barang basah pulak
aku x suka beli kat pasar raya
 geli & x lalu nak makan...huhu
aku akan beli kat pasar malam atau pasar ahad kat stadium 13
selalunya wat stock untuk seminggu
hari kerja malam jer masak
tu pun jarang sbb kdg penat

sebenarnya aku nak highlight kat sini
buat senarai sebelum keluar bershopping
PENTING tau
dan sangat2 membantu
supaya
x buang masa membelek barang & x lari budget masa bershopping (^__^)


No comments:

Post a Comment