Click...Click

Click Here

Tuesday, March 20, 2012

Basuh Telur Ayam!!!


Tiba-tiba teringat nak buat entry pasal 
BASUH TELUR AYAM!!!

Malam tadi sambil2 duk basuh & sental telur ayam
boleh aku mengelamun
orang lain basuh ker telur ayam macam aku basuh???

Tiap-tiap kali beli telur ayam
aku wajib keluarkan dan letak dalam besin kecik
kasi rendam dulu 5-10 minit
pastu aku akan sental & basuh telur tu satu persatu
pastu aku akan bilas lagi 2 3 kali
dah macam basuh kain
sebelum aku susun dalam peti ais

Kenapa aku buat macam tu???
telur ayam kan keluar daripada tut.... ayam
dah sah2 jugak tempat tu keluar tahi ayam
tahi ayam tu kan najis
sikit x banyak pun mesti terpalit jugak tahi ayam tu kat cengkerang telur

So, bila kita pegang & masak telur ayam
confirmlah tangan kita akan terpegang najis tu
maka najis2 tu akan merebak ke dalam makanan yang akan kita masak jugak
sebab kita menggunakan tangan yang sama untuk memasak
nampak simple kan???
tapi perlu dititik beratkan


Aku pernah mendengar ceramah agama dari seorang Ustaz semasa Hari Keluarga Persatuan Anak2 Terengganu (PESAT) yang menyatakan harus bagi kita untuk membasuh telur ayam sebelum dimasak kerana hukum memakan najis adalah haram. Jika telur tidak dibasuh maka menjadi haramlah makanan yang kita masak kerana tercemar najis.

Dalam mendidik anak juga, kita sebagai ibu bapa mesti pastikan bahawa semua makanan yang dimakan oleh anak bebas dari benda-benda haram. 



so
SILA BASUH TELUR AYAM SEBELUM DIMASAK

No comments:

Post a Comment