Click...Click

Click Here

Thursday, February 9, 2012

Pasar Besar Kuala Berang

Balik kampung baru ni kami sempat ke Pasar Besar Kuala Berang
pasar ni dah lama siap sebenarnya
tapi balik kampung kali ni baru berpeluang pergi ke situ

Tujuan utama adalah untuk membeli lauk pauk bagi hidangan makan beradab pengantin
semuanya ada di sini
tak perlu susah-susah ke tempat lain dah
daripada lauk basah, sayur-sayuran, buah-buahan, keropok keping, pakaian, periuk belanga, barangan plastik, barangan runcit, kedai jahitan
semuanya ada di sini
tapi taklah setanding Pasar Kedai Payang

Pasar ini ada 2 blok bangunan
bangunan yang di hadapan untuk jualan barangan runcit, kedai jahitan, pakaian dll
manakala bangunan yang di belakang berhadapan parking kereta adalah untuk pasar basah

jom kiter melawat pasar ni jap ^__^



bangunan pasar yang agak ke belakang untuk jualan lauk pauk & sayur-sayuran segar



bangunan pasar 2 tingkat yang di bahagian hadapan
macam-macam ada dijual di sini



gerai yang menjual sayur-sayuran



antara gerai-gerai yang lain
dah macam orang jual kat Pasar Kedai Payang aku tengok :)



dah penat pusing2 pasar
singgah  makan kat warung ni
Warung KB Nasi Lemak Daun Pisang
bersebelahan dengan Masjid Besar Kuala Berang
warung ni dah lama sebenarnya
sejak zaman aku sekolah dulu2 
masih dengan keadaan dan rupa yang sama
menu utama : nasi air, nasi ayam, mee & bihun sup
tiap kali balik Kuala Berang memang wajib singgah makan kat sini ^__^



ni menu yang aku paling suker
nasi air, antara menu yang superb best kat sini
tapi kali ni agak pedas
(dah makan separuh baru ingat nak ambik gambar...huhu)

No comments:

Post a Comment