Click...Click

Click Here

Friday, February 10, 2012

Intai-Intai Sebelum Majlis Kahwin

Tujuan utama balik kampung baru2 ni adalah untuk menyempurnakan majlis perkahwinan adik aku
Alhamdulillah, semuanya dah selesai

Penat...tapi aku rasa sangat puas
dapat menyempurnakan majlis yang serba sederhana tetapi sempurna
dapat berkumpul adik beradik & saudara mara

Selaku anak sulung
& untuk sebuah majlis perkahwinan yang perlu disempurnakan dalam jangkamasa sebulan 
banyak yang perlu aku uruskan
tetapi aku rasa sangat berpuas hati
dapat berbakti untuk adik tersayang

jom...
nak bawak intai2 gambar sebelum majlis kahwin
semua hantaran kami adik beradik yang siapkan
ukiran inai di tangan pengantinpun adik aku yang paling brutal tolong ukirkan



 
Sirih Junjung dah x berapa nk junjung dah


 Bekas Cincin


 Tafsir Al-Quran


 Sepasang Kasut ni pun syahirah yg gubahkan


 Minyak Wangi terbaliklah gambar ni


 Coklat


Sepasang Kain Baju Melayu


 Bunga Telur


 Antara Hantarannya


 Pelamin & Hantaran Untuk Pengantin Lelaki


 Pelamin


 Goodies Bag


 Goodies Bag 2


Ukiran Inai di tangan (ni adik aku syahirah put put yg ukir)


Alatan Merenjis


Hantaran untuk pengantin lelaki :

Sirih junjung, sebentuk cincin, sepasang kasut, tafsir Al-Quran, minyak wangi, kek, sepasang kain baju melayu, coklat & nasi semangat
semuanya 9 hantaran berbalas 7 daripada pihak pengantin lelaki 


p/s : x banyak gambar yang aku ada. ralat x ambik gambar bilik pengantin & meje makan beradap...

No comments:

Post a Comment