Click...Click

Click Here

Monday, February 27, 2012

Awas : Sihir Melalui SMS

Awas kalau terima SMS yang susah nak dibaca, tulisan tonggang terbalik. Dapat je SMS macam tu segeralah delete. Jangan gatal nak baca, jangan gatal cari orang pandai suruh tolong baca atau tolong tafsir, sebab rupanya sekarang ni sihir boleh dihantar melalui SMS.


Agak terkejut bila tahu benda ni dan semakin terkejut bila baca akhbar yang melaporkan dan ada jugak kawan2 yang update status dalam fb. Tau cerita ni daripada en husband. Tapi bila dilaporkan oleh akhbar bahawa sihir boleh dihantar melalui SMS, terpanggil untuk berkongsi di sini supaya boleh diambil beberapa langkah supaya tak terkena.

Sihir ni ada. Ia permainan setengah orang sejak zaman berzaman. Kita cuba elak sebab kalau dah kena, susah nak cakap lagi. Dan kita belajar dari orang yang pernah kena dan orang yang tolong ubatkan orang yang dah kena. 

Untuk elakkan sihir amalkan membaca ayat 3 Qul dan ayat Kursi sebelum tidur, sebab sihir cukup power sekitar jam 3 hingga 4 pagi. 


Sumber: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

No comments:

Post a Comment