Click...Click

Click Here

Monday, October 31, 2011

Perlawanan Bola Sepak Piala Malaysia : Terengganu vs Negeri Sembilan

Tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia Terengganu menentang Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam pada hari sabtu lepas. En Suami yang paling bersemangat untuk menyaksikan perlawanan akhir & begitu teruja untuk mendapatkan tiket ini sebelum perlawanan bermula.


Suasana di Stadium Shah Alam waktu kami tiba. Boleh dikatakan semua seat dah penuh dari tingkat atas ke bawah. Kami hanya dapat duduk di atas tangga walaupun tiba 1 jam awal sebelum perlawanan bermula


Sebahagian penyokong Negeri Sembilan yang membanjiri stadium. Dari stadium ini jelas dapat dilihat penyokong Terengganu lebih ramai daripada penyokong Negeri Sembilan.Ini menunjukkan jarak bukanlah halangan bagi penyokong negeri Terengganu untuk menyaksikan pasukan mereka beraksi di pentas final


Padang sebelum perlawanan bermula. Kami duduk betul-betul berhadapan pentas utama. tetapi kami hanya duduk di atas tangga sahaja. Tapi dari kedudukan ini kami dapat menyaksikan view menarik perlawanan bola sepak ini.


Padang ketika pemain sedang beraksi. 1st time bagi aku menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia ini. Sanggat teruja tambahan lagi pasukan negeri sendiri beraksi di pentas final.


Kami duduk agak hampir dengan penyokong pasukan Negeri Sembilan. Malam itu kami dapat saksikan dengan jelas suasana perang baling-baling botol diantara kedua-dua pasukan penyokong. Nasib baik tidak menimbulkan kekecohan yang melampau.


Tangga ini dari atas ke bawah penuh dengan penyokong. Seronok dapat berkumpul dengan orang-orang senegeri.


Aku & Dia di atas tangga stadium. Anak terpaksa kami tinggalkan sekejap pada baby sitter.
Terima kasih suamiku sayang untuk moment yg indah itu :)


p/s : pasal keputusan perlawanan tak payahlah aku ulas yer


No comments:

Post a Comment