Click...Click

Click Here

Monday, November 21, 2011

Kulat Tahun : kira rezeki akulah ni

Kulat tahun...Kenapa namanya kulat tahun????
kerana kulat ini hanya tumbuh setahun sekali jer...biasanya kulat ni musimnya antara bulan mac & april setiap tahun....dan kebiasaannya tumbuh di ladang-ladang kelapa sawit atau getah & kawasan yang berbusut di belukar kampung...

balik kampung weekend baru2 ni...nak dijadikan cerita...memang betul2 rezeki aku yang memang hantu giler ngan kulat tahun ni...kulat ni tumbuh dengan banyaknya kat belakang rumah ayah aku..dalam kebun getah dia...

Wahhh...laju jer aku ngan ayah aku pergi kutip...seronok sangat...lau boleh semua aku nak kutip...tapi x semuanya elok kerana kebanyakkannya dah kembang payung...Yang mana dah kembang sangat tu berpotensi ada ulat kat dalam...so, ayah aku suruh tinggalkan jer kulat2 yang dah kembang sangat tu...Yang eloknya yang belum kembang lagi...kalau perasan kulat2 tu tumbuh sehari sebelum mungkin banyak yang boleh di kutip....

ayah aku cakap jarang sangat kulat-kulat ni tumbuh hujung tahun..biasanya musim bulan mac & april setiap tahun...hmmmm...kira betul2 rezeki akulah ni dapat makan kulat ni....rasa2nya dah dekat2 dua tahun lebih kot aku x makan kulat ni



.
Teruja aku tengok kulat2 ni tumbuh kat atas tanah....di celah-celah rumput...kulat2 ni macam malu2 pulak nak tumbuh



Ni dalam kebun getah ayah aku...pokok2 getahnya masih anak sangat lagi...pokok pisang pun banyak...dah boleh makan hasilpun...ada jugak pokok nenas di celahan rumput tu...yang putih2 macam bunga kembang payung tulah namanya KULAT TAHUN....





KULAT TAHUN yg dah agak kembang..tapi yang ni boleh di ambil lagi...belum berulat kata orang....



Agak mudah untuk mencabut kulat tahun ni...hanya pegang tangkainya kemudian tarik ke atas perlahan-lahan...



Taraaaa....rupa KULAT TAHUN yang sudah di cabut dari dalam tanah....



Inilah hasilnya yang kami dapat...memang sangat lazat hidangan makan tengahari kami hari tu...rasanya sangat manis...


Resepi masak kulat tahun :

3 ulas bawang putih
sedikit kunyit hidup
setengah sudu lada hitam
2 biji cili burung

(tumbuk kesemuanya & masukkan ke dalam air yang menggelegak bersama-sama kulat tahun)

No comments:

Post a Comment