Click...Click

Click Here

Thursday, August 18, 2011

Restoran Soto Selangor

Petang tadi habis Shah Alam kot aku pusing...gara2 nak cari ikan singgang sedap...Dari kedai kelantan kat seksyen 17 ke Food Court Seksyen 2, kemudian ke Seksyen 6, last sekali ke Seksyen 8 Restoran Soto Selangor Shah Alam...Kat situ baru aku jumpa...Tupun ikan singgang ikan tenggiri...yang aku idamkan ikan tongkol..huhu...x merasalah aku hari ini...

Restoran Soto Selangor ni memang terkenal di Shah Alam dengan aneka lauk pauk yang sedap2...Kalau bukan di bulan ramadhan pun restoran ini memang terkenal dengan kemewahan lauk pauknya....Bermula dengan sarapan pagi yang pelbagai diringi dengan kemewahan lauk pauk untuk hidangan makan tengahari....

Di bulan puasa ni restoran ini turut menjual pelbagai juadah berbuka puasa...Malahan lagi pelbagai jika dibandingakan dengan bulan2 biasa....
jom kita layan gambar2 di bawah



Meja yang menghidangkan aneka jenis soto, me & bihun sup, mee kari, laksa dan sebagainya
masakan soto ini memang terkenal di sekitar shah alam....
bersesuaian dengan namanya pun kan....


Meja ini menghidangkan aneka lauk pauk goreng, ikan bakar dan sebagainya....


Aneka jenis lauk pauk yang sememangnya membangkitkan selera



Aneka jenis kuih muih


Pendek kata kalau datang ke sini memang banyak la membelinya...semua hidangan nampak best....tambah2 lagi di bulan puasa ini

No comments:

Post a Comment