Click...Click

Click Here

Saturday, June 18, 2011

Lawatan Tapak Kali Pertama

Salam

Seperti yang dirancang dari hari isnin lepas (Setelah balik dari booking rumah dengan pemaju)...Maka, hari ini kami meneruskan perancangan kami untuk melawat tapak rumah...Walaupun pemaju ada menyatakan yang kawasan itu baru sahaja dipecahkan tanah...kami tidak kisah, yang penting mahu memuaskan hajat dihati untuk meninjau dulu kawasan perumahan tersebut serta persekitarannya sebelum betul2 bersetuju membelinya...

Hasil daripada tinjauan hari ini kami rasakan tidak rugi sekiranya kami beli rumah di situ...Kawasan tersebut tidak jauh dari bandar Shah Alam (Hanya 14km melalui Sri Muda & 8km melalui lebuhraya LKSA)...Banyak perumahan baru yang sedang dibina dikawasan tersebut dan salah satu daripadanya telahpun dihuni...Mungkin kalau kami terlambat tahu pasal projek perumahan ini kami tak akan dapat lagi rumah dengan harga sebegini walaupun perumahan ini hanyalah dipinggiran Bandaraya Shah Alam. Kerana kami yakin selepas ini atau mungkin sekiranya projek-projek perumahan disekitar kawasan ini telah siap, maka harga rumah di situ akan melambung naiknya...Yang penting kawasan tersebut dekat dengan kemudahan asas seperti sekolah, masjid & klinik.

Tapi agak sedikit kecewa kerana kami tak dapat unit corner lot...walaupun itu yang kami cuba pemaju usahakan untuk kami kerana kami terlewat booking (yang booking untuk 3 unit tersebut membuat loan perumahan kerajaan)...Hari booking tersebutpun dah ada 30 waiting list untuk membeli rumah ditaman tersebut...Belum termasuk kami...sekiranya ada antara yang sudah booking tidak layak untuk memiliki rumah tersebut, maka adalah rezeki untuk yang mana2 tersenarai dalam waiting list...

Untuk kami sedikit kes istimewa kerana kak Ieda yang bekerja di situ cuba nak selitkan nama kami untuk mana2 unit yang tidak membuat pinjaman perumahan kerajaan...Kami lebih prefer untuk corner lot...tapi dah takder rezeki kami...Tadi call Kak Ieda dia cakap kami dapat yang end lot...ada lebihan tanah 5 kaki & ada tingkap di tepi...Bagi aku okeylah daripada unit kat tengah2...S&P semua dah siap...just wait & see la nanti...moga2 ada rezeki kami untuk membeli rumah di situ...


layan yer gambar2 lawatan tapak tadi :)


Inilah kawasannya...tapak tanah baru diratakan...asalnya kawasan tanaman kelapa sawit



Ini jalan keluar dari tapak perumahan tersebut...Rumah warna jingga tu pun baru siap dibina...nampak macam tuan rumah baru angkut barang pindah



Kawasan sekeliling yang masih lagi ada tanaman kelapa sawit



Sekitar kawasan tapak pembinaan



Laluan ke sana...kiri kanan jalan ada pokok pisang



Pokok kelapa sawit yang masih berbaki



Rumah teres satu tingkat di taman berhampiran...masih dalam pembinaan




No comments:

Post a Comment