Click...Click

Click Here

Wednesday, June 29, 2011

Keropok Lekor Seberang Takir

Sebelum ke rumah intan untuk melihat baby barunya (Farrel)...kami singgah pekena keropok lekor seberang takir dulu...tujuan asal nak mencari keropok keping sambil singgah makan...lokasinya hanya ditepi jalan Kampung Seberang Takir (area selekoh)...sangat senang untuk menjumpai tempat ini...ramai giler orang menunggu giliran untuk membeli keropok lekor...parking pun penuh (ada parking khas you...tanah lapang kat sebelah kawasan kedai)...kalau berkesempatan pergi kuala terengganu...Belila keropok lekor di sini...sanggat sedap keropoknya





Inilah dia keropok lekor yang yummy-yummy...Ni 3 hengget jer...12 batang...makan berdua dengan en suami...rasa ikan dia...perghhhh...best tak hengat...sekejap jer kami makan daaa licin...Air pulak lambat sampai...



Tu dia...keropok lekor goreng tanpa rebus...4 batang RM 1.00...yang kami makan gambar kat atas tu laa...tu tempat menggoreng keropok untuk orang nak makan sambil menunggu giliran ambik keropok lekor yang diorder...daripada pemerhatian, masing2 memang membeli dengan kuantiti yang banyak...berpuluh-puluh hinggit you...untuk bawak balik jauh maybe :)


Perasan tak...kat sebelah tv tu...siap ada running number...macam kat bank...memang kelazzz kedai ni...walaupun nampak macam gerai biasa-biasa jer...1252...nombor untuk hari ini... jam 5ptg...tu belum lagi waktu cuti sekolah atau weekend...



Kat tengah-tengah kedai (ruang orang makan-makan) ada batang pokok kayu besar...agak unik aku perhatikan kerana amat jarang di dalam kedai ada batang pokok...tertanya-tanya adakah pokok ini masih hidup atau sekadar hiasan semata-mata atau untuk dijadikan tongkat kepada atap...


Persoalan terjawab sudah...memang batang pokok tadi kepunyaan sepohon pokok kayu besar yang masih hidup...Mungkin ada keberkatan di situ...tuan kedai diberi rezeki yang murah...mudah-mudahan...Wallahualam...(gambar diambil dari kawasan parking kereta)

No comments:

Post a Comment