Click...Click

Click Here

Sunday, June 26, 2011

Bercuti di Kampung

Dah 3 hari bercuti di kampung...Seronoknya berada di kampung...Segalanya indah & tenang...Alangkah seronoknya kalau boleh terus menetap di kampung...Bekerja di sini...Dekat dengan keluarga...Bebanan kewangan boleh dikurangkan lantaran kos hidup yang rendah berbanding hidup di Shah Alam...Segala-galanya memerlukan duit yang bukan sedikit...hurmmm...

Beralih kepada percutian di kampung 3 hari ini & masih berbaki 2 hari...Sekejap sangat rasanya...Macam-macam perancangan ada untuk dibuat dalam masa tersebut...Tinggal boleh dilaksanakan atau tidak jer...lantaran memerlukan komitmen dari pihak lain...

Hari pertama sibuk dengan persiapan kenduri doa selamat di rumah sempena dengan bangunan sarang burung layang-layang ayahanda dah siap...Sampai2 jer terus tolong2 kerja2 di dapur...Tengahari makan nasi lauk budu besama celur rebung di bangunan sarang burung layang-layang ayahanda..Perghhh...yang memang dah lama aku teringin nak makan...Hampir 2 tahun x makan...memang moverlous giler...bayangkan 4 kali aku bertambah nasi...fuhhh...petangnya kami bantai tidur jer sampai magrib...yer la perjalanan balik dari Shah Alam ke kampung bermula lewat malam...Manakan boleh tidur sepanjang perjalanan...Terpaksa temankan en suami memandu...Walaupun kadang-kadang aku tertewas juga tidur seminit dua...

Semalam, paginya pergi ke pasar kuala berang...menjamu mata sambil memborong...haha...Habis satu pasar kami pusing...Dari pasar lama, kami terjah ke pasar baru yang terletak dalam bangunan yang baru siap dibina(Bersama Mak Ngah jaja, baby aqeef & Cik aya)...Tujuan utama mahu membeli bahan2 untuk membuat laksa utara...sebelum itu kami sibuk membeli barang keperluan dapur di Kedai Pak Aziz (memang terkenal di pekan kuala berang, menjual barangan dapur dari siam. Kualiti barangan yg sangat okey dengan harga yang berpatutan)...Setiap kali balik kampung, memang wajib aku singgah di kedai ini...Tak banyak pun sikit mesti aku beli...hehe...Semalam beli pisau2 jer...Mak ngah jaja beli periuk kukusan 3 tingkat yang sangat comel dan harganya amat berpatutan...Yang penting KUALITI you...Selepas itu, kami pergi ke kedai gunting rambut...Memang dah lama sangat aku nak potong rambut...Rimas dengan rambut yang banyak luruh sejak akhir2 ni...Then, misi seterusnya...Memang menjadi agenda aku kalau balik kuala berang...pergi ke kedai emas yang biasa aku pergi (loyalti customer you)...Menjamu mata melihat barang kemas...Semua design yang sangat2 cantik...Tergoda jugak aku akhirnya...Dengan duit yang x berapa banyak yang ada...aku beli sepasang subang & seutas gelang tangan yang sudah lama menjadi idaman aku...huhu...habis duit aku bulan ni...Ada lagi yang aku berkenan...Tapi kena kumpul duit dulu...itu sangat mahal maaaa...kalau aku dapat fuhhhhh...(Aim : Rantai Leher)...Petangnya pula sibuk di dapur menyediakan laksa utara & laksa terengganu...Menu makan petang kami...Pukul 6 lebih kami ke MRSM Kuala Berang...Berjumpa adik perempuan aku kat situ...Dah besau panjang adik aku yang ni rupanya (Tahun ni exam PMR)...Malam pulak melawak moyang Amir Zafran...Yang memang sangat aku rindukan...kami lepakking di situ sampai pkl 11 malam...

Agenda hari ini...Petang ini mahu menziarah kawan yang baru melahirkan anak...Sambil2 mahu membeli sedikit buah tangan (keropok) untuk dibawa pulang ke Shah Alam...Sekiranya sempat, mahu juga singgah di Pantai Teluk ketapang untuk makan kerang bakar yang sangat best...Dah lama tak makan sebenarnya...Harap2 agenda petang ini akan terlaksana...sekarang dah pukul 2 ptg...Mahu makan tengahari & siap2 untuk keluar...

bye................

No comments:

Post a Comment