Click...Click

Click Here

Friday, June 25, 2010

Penyusuan susu ibu


Informasi ini aku ambil daripada blog seorang sahabat...Marina Mokhtar...Aku ingin terus mengetahui informasi tentang penyusuan susu ibu ;-)

Penyusuan Susu Ibu Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun.

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)

1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
mudah hadam
sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)
mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan

sebaik sahaja bayi dilahirkan anda patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda.
ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun
Prelacteal Feeds
Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan
Bayi

tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
tidak akan mendapat kolostrum
akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol
Ibu

susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
boleh menyebabkan bengkak payudara
sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu
Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi

susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda

Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa

anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
membolehkan bayi anda mendapat cukup susu
mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda
Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi

susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.

Sumber : http://marina-din.blog.friendster.com/2009/08/penyusuan-susu-ibu/

No comments:

Post a Comment